| ีัฮนฯั ีธีผึ แญะตแะธแะพฯ | ะฃะฑะตะบะป ะด | ิทะฑแัะตะฝแแขัแฉ ีชฮธแฑ ีผึัะฒะตแีงัั |
|---|---|---|
| ะะฑัััะธแ ะณีงฮท ฯะพแะตฮทแัีญแฮฟ | ีั ะพะทะฒะฐั ั ีพึ แ ีธึ | ะะฐฯฮตะณะธึีญะถ ะฐัแ ีฏัีฌะธะณ ะป |
| แะตแตฮฟัฯ ฯีก ีจะปะพฯะฐะฒะตฮฒ ะฐฯะฐัะพฮด | ะัั ัฯฯีฝะตัะต แัะบีซะทะพะทะฒแ ีงะบะปแัีกีฆ | ะ ะธแ ฯััฯฮฟ |
| แึแงะพฯแฟีฉแช แฎแคฯ ะบะฐัะฐ | ะฅะฐฮดฮนะฑ ะธฯีงั | ะัแะผะพฮฒะพะฒ ัััะฐฮป |
| แะฝ ะดีกีฑ ััแ | ะแะธฯ ีซ ะธ | ะญแ ะพแีญแะฐะดีกัแ |
| ะงฮฟฯฮฟฯั แะฟะธีฟฮฑะผฮนะฑ แะฐ | ี ัะผฯ แะธแงแฎ | ฮฉัะพฮฝฮฑัะฒ แฆ ีฉัะณฮธะผฮธะฒัีง |
PondokPesantren Wali Barokah menggelar asrama Syarah Asma' Allah Al-Husna Asmaul Husna - penjelasan atau keterangan mengenai 99 nama Allah SWT. Asrama ini diikuti oleh sekitar 20 ribu lebih warga LDII dari seluruh Indonesia dan alumni pondiok pesantren Wali Barokah dari Amerika Serikat, Australia, Malaysia, Singapura, Jepang, Suriname, dan
Ini adalah senarai lengkap Asmaul Husna. Dalam artikel ini, sy menyenaraikan secara lengkap nama-nama Allah Asmaul Husna, Sifat wajib Allah, sifat mustahil dan fadhilat mengamalkan zikir asmaul husna. Apa yang menarik Saya juga tutut menyediakan audio yang boleh dimainkan dan file mp3 asmaul husna yang boleh dimuat turun secara percuma. Isi Kandungan Pengenalan Senarai Asmaul Husna Audio & Muat Turun Mp3 Sifat Wajib Bagi Allah Sifat Mustahil Bagi Allah Fadhilat Mengamal Zikir Asmaul Husna Pengenalan Mari Mengenal Allah Tanpa mengenali Zat yang disembah, tidak akan membawa apa-apa makna dalam dalam kehidupan kita. makhluk seluruhnya berhajat dan berharap kepada pertolongan, pelindungan dan belas kasihan Allah. Mengenal Allah boleh dicapai melalui berbagai-bagai cara. Umpamanya dengan melihat dan memikirkan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita dan juga penghayatan Asmaul Husna sifat-sifat Allah Mengenal nama-nama Allah merupakan satu jendela yang dapat membukakan hati kita kepada Allah SWT. Ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, disamping menggerakkan hati kita untuk melihat kebesaran Allah. Bilangan nama Allah SWT ialah 99 nama. Al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, 100 kecuali satu. Barang siapa yang menghafalnya, dia akan memasuki Syurga โ Hadis riwayat al-Bukhari 2545 Nama Allah Rumi Nama Allah Jawi Maksud 1. al-Rahman ุงููุฑููุญูู ููู Maha Pengasih 2. al-Rahim ุงููุฑููุญูููู ู Maha Penyayang 3. al-Malik ุงูููู ููููู Maha Merajai/Memerintah 4. al-Quddus ุงูููููุฏููููุณู Maha Suci 5. al-Salam ุงููุณููููุงู ู Maha Memberi Kesejahteraan 6. al-Mukmin ุงูููู ูุคูู ููู Yang Memberi Keamanan 7. al-Muhaimin ุงูููู ูููููู ููู Maha Pemelihara 8. al-Aziz ุงูููุนูุฒูููุฒู Maha Gagah 9. al-Jabbar ุงูููุฌูุจููุงุฑู Maha Perkasa 10. al-Mutakabbir ุงูููู ูุชูููุจููุฑู Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran 11. al-Khaliq ุงูููุฎูุงูููู Maha Pencipta 12. al-Bariโ ุงูููุจูุงุฑูุฆู Yang Melepaskan Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan 13. al-Musawwir ุงูููู ูุตููููุฑู Yang Membentuk Rupa makhluknya 14. al-Ghaffar ุงูููุบููููุงุฑู Maha Pengampun 15. al-Qahhar ุงููููููููุงุฑู Yang Memaksa 16. al-Wahhab ุงููููููููุงุจู Maha Pemberi Kurnia 17. al-Razzaq ุงููุฑููุฒููุงูู Maha Pemberi Rezeki 18. al-Fattah ุงูููููุชููุงุญู Maha Pembuka Rahmat 19. al-Alim ุงูููุนูููููู ู Maha Mengetahui Memiliki Ilmu 20. al-Qabid ุงูููููุงุจูุถู Yang Menyempitkan makhluknya 21. al-Basit ุงูููุจูุงุณูุทู Yang Melapangkan makhluknya 22. al-Khafid ุงูููุฎูุงููุถู Yang Merendahkan makhluknya 23. al-Rafik ุงููุฑููุงููุนู Yang Meninggikan makhluknya 24. al-Muiz ุงูููู ูุนูุฒูู Yang Memuliakan makhluknya 25. al-Muzil ุงููู ูุฐูููู Yang Menghinakan makhluknya 26. al-Samik ุงููุณููู ููุนู Maha Mendengar 27. al-Basir ุงูููุจูุตููุฑู Maha Melihat 28. al-Hakam ุงูููุญูููู ู Maha Menetapkan 29. al-Adl ุงูููุนูุฏููู Maha Adil 30. al-Latif ุงูููููุทูููู Maha Lembut 31. al-Khabir ุงูููุฎูุจููุฑู Maha Mengetahui Rahsia 32. al-Halim ุงูููุญููููู ู Maha Penyantun 33. al-Azim ุงูููุนูุธููู ู Maha Agung 34. al-Ghafur ุงูููุบููููุฑู Maha Pengampun 35. al-Syakur ุงููุดูููููุฑู Maha Pembalas Budi Menghargai 36. al-Ali ุงูููุนูููููู Maha Tinggi 37. al-Kabir ุงูููููุจููุฑู Maha Besar 38. al-Hafiz ุงูููุญููููุธู Maha Menjaga 39. al-Muqit ุงูู ููููุช Maha Pemberi Kecukupan 40. al-Hasib ุงูููุญูุณููุจู Maha Membuat Perhitungan 41. al-Jalil ุงูููุฌูููููู Maha Mulia 42. al-Karim ุงูููููุฑููู ู Maha Pemurah 43. al-Raqib ุงููุฑูููููุจู Maha Mengawasi 44. al-Mujib ุงูููู ูุฌููุจู Maha Mengabulkan 45. al-Wasiโ ุงูููููุงุณูุนู Maha Luas 46. al-Hakim ุงูููุญููููู ู Maka Bijaksana 47. al-Wadud ุงูููููุฏููุฏู Maha Pencinta 48. al-Majid ุงูููู ูุฌููุฏู Maha Mulia 49. al-Bais ุงูููุจูุงุนูุซู Maha Membangkitkan 50. al-Syahid ุงูุดูููููุฏู Maha Menyaksikan 51. al-Haq ุงูููุญูููู Maha Benar 52. al-Wakil ุงููููููููู Maha Memelihara 53. al-Qawi ุงููููููููู Maha Kuat 54. al-Matin ุงูููู ูุชูููู Maha Teguh 55. al-Wali ุงููููููููู Maha Melindungi 56. al-Hamid ุงูููุญูู ููุฏู Maha Terpuji 57. al-Muhsi ุงูููู ูุญูุตูู Maha Menghitung 58. al-Mubdik ุงูููู ูุจูุฏูุฆู Maha Memulai 59. al-Muid ุงูููู ูุนููุฏู Maha Mengembalikan Kehidupan 60. al-Muhyi ุงูููู ูุญูููู Maha Menghidupkan 61. al-Mumit ุงูููู ูู ููุชู Maha Mematikan 62. al-Hayyi ุงูููุญูููู Maha Hidup 63. al-Qayyum ุงูููููููููู ู Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri 64. al-Wajid ุงูููููุงุฌูุฏู Yang Maha Menemukan 65. al-Majid ุงูููู ูุงุฌูุฏู Maha Mulia 66. al-Wahid ุงููููุงุญูุฏู Maha Esa 67. al-Ahad ุงููุงูุญูุฏู Yang Maha Tunggal 68. al-Samad ุงููุตููู ูุฏู Tempat Meminta 69. al-Qadir ุงููููุงุฏูุฑู Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan 70. al-Muqtadir ุงูููู ูููุชูุฏูุฑู Maha Berkuasa 71. al-Muqaddim ุงูููู ูููุฏููู ู Maha Mendahulukan 72. al-Muakhir ุงูููู ูุคูุฎููุฑู Maha Mengakhirkan 73. al-Awwal ุงูุฃููููู Maha Awal 74. al-Akhir ุงูุขุฎูุฑู Maha Akhir 75. al-Zahir ุงููุธููุงุฎูุฑู Maha Nyata 76. al-Batin ุงููุจูุงุทููู Maha Ghaib 77. al-Wali ุงููููุงููู Maha Memerintah 78. al-Mutaali ุงูููู ูุชูุนูุงููู Maha Tinggi 79. al-Bar ุงููุจูุฑูู Maha Penderma 80. al-Tawwab ุงูููุชููููุงุจู Maha Penerima Taubat 81. al-Muntaqim ุงูููู ูููุชูููู ู Maha Penyiksa 82. al-Afu ุงููุนูููููู Maha Pemaaf 83. al-Rauf ุงููุฑููุคูููู Maha Pengasih 84. Malik al-Mulk ู ูุงูููู ุงููู ููููู Penguasa Kerajaan Semesta 85. Zu al-Jalal wa al-Ikram ุฐููุงููุฌููุงููู ููุงูุฅููุฑูุงู ู Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan 86. al-Muqsit ุงูููู ูููุณูุทู Maha Adil 87. al-Jamiโ ุงููุฌูุงู ูุนู Maha Mengumpulkan 88. al-Ghani ุงูููุบูููููู Maha Kaya 89. al-Mughni ุงูููู ูุบูููู Maha Memberi Kekayaan 90. al-Maniโ ุงูููู ูุงููุนู Maha Mencegah 91. al-Dar ุงูุถููุงุฑูู Maha Memberi Derita 92. al-Nafiโ ุงููููุงููุนู Maha Memberi Manfaat 93. al-Nur ุงูููููุฑู Maha Bercahaya Menerangi, Memberi Cahaya 94. al-Hadi ุงูููููุงุฏูู Maha Pemberi Petunjuk 95. al-Badiโ ุงูููุจูุฏููุนู Maha Pencipta 96. al-Baqi ุงูููุจูุงููู Maha Kekal 97. al-Waris ุงููููุงุฑูุซู Maha Mewarisi 98. al-Rasyid ุงูุฑููุดููุฏู Maha Bijaksana 99. al-Sabur ุงููุตููุจููุฑู Maha Sabar Lantunan Audio & Muat Turun Asmaul Husna Versi Mp3 Mendengar lantunan merdu Asmaul Husna akan membuatkan hati kita tenang dan lapang. Untuk mendengar audio lantunan asmaul husna, sila klik pada player di bawah juga boleh muat turun audio asmaul husna mp3 ini di bawah Sifat-Sifat Wajib Bagi Allah Wujud ูุฌูุฏ Ada Qidam ูุฏู Sedia tiada permulaan bagiNya Baqaโุจูุงุก Kekal tiada pengakhiran bagiNya Mukhalafatuhu lilhawadith ู ุฎุงููุชู ููุญูุงุฏุซ Bersalahan daripada segala perkara yang baru Qiyamuhu binafsihi ููุงู ู ุจููุณู Berdiri dengan sendiriNya Wahdaniyat ูุญุฏุงููุฉ Esa Qudrat ูุฏุฑุฉ Berkuasa Iradat ุฅุฑุงุฏุฉ Berkemahuan Ilmu ุนูู Mengetahui Hayat ุญูุงุฉ Hidup Samaโ ุณู ุน Mendengar Bashar ุจุตุฑ Melihat Kalam ููุงู Berkata-kata Kaunuhu Qadiran ูููู ูุงุฏุฑุง Keadaan Allah yang Berkuasa Kaunuhu Muridan ูููู ู ุฑูุฏุง Keadaan Allah yang Berkemahuan Kaunuhu Aliman ูููู ุนุงูู ุง Keadaan Allah yang Mengetahui Kaunuhu Hayyan ูููู ุญูุง Keadaan Allah yang Hidup Kaunuhu Samiโan ูููู ุณู ูุนุง Keadaan Allah yang Mendengar Kaunuhu Basiran ูููู ุจุตูุฑุง Keadaan Allah yang Melihat Kaunuhu Mutakalliman ูููู ู ุชููู ุง Keadaan Allah yang Berkata-kata Fadhilat Mengamalkan Zikir Asmaul Husna Senarai fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi. 1. โYa Allah!โ Apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. โYa Rahman!โ Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3. โYa Rahim!โ Apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 4. โYa Malik!โ Apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 5. โYa Quddus!โ Apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain. 6. โYa Salam!โ Apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera. 7. โYa Mukmin!โ Apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. 8. โYa Muhaimin!โ Apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. 9. โYa Aziz!โ Apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. 10.โYa Jabbar!โ Apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. 11. โYa Mutakabbir!โ Apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia. 12.โYa Khaliq!โ Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap faham. 13.โYa Baariiโ!โ Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. 14.โYa Musawwir!โ Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan โYa Musawwirโ sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh. 15.โYa Ghaffaar!โ sambil beriโtikaf diam dalam masjid dalam keadaan suci bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita. 16.โYa Qahhaar!โ Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. 17. โYa Wahhaab!โ Dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang. 18. โYa Razzaq!โ Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. 19. โYa Fattah!โ Dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama. 20. โYa Aalim!โ Dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna. 21. โYa Qaabidhu!โ Diizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman. 22. โYa Baasithu!โ Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. 23. โYa Khaaโfidh!โ Dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 24. โYa Raafi!โ Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian. 25. โYa Muโizz!โ dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan. 26. โYa Muzill!โ Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali. 27. โYa Samiiโ!โ Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab. 28. โYa Bashiir!โ Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah. 29. โYa Hakam!โ Dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama. 30. โYa Adllu!โ Dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil. 31. โYa Lathiif!โ Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju. 32. โYa Khabiir!โ Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama. 33. โYa Haliim!โ Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat. 34. โYa Aziim!โ Dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya. 35. โYa Ghafuur!โ Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. 36. โYa Syakuur!โ Dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak. 37. โYa Aliy!โ Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x ** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!! lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab. 38. โYa Kabiir!โ Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam tahajud atau hajat. 39. โYa Hafiiz!โ Dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan. 40. โYa Muqiit!โ Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang. 41. โYa Hasiib!โ Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan. 42. โYa Jaliil!โ Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan โ perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah. 43. โYa Kariim!โ Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini. 44. โYa Raqiib!โ Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllahโฆ. 45. โYa Mujiib!โ Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita. 46. โYa Waasi!โ Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk. 47. โYa Hakiim!โ Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari. 48. โYa Waduud!โ Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni. 49. โYa Majiid!โ Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga. 50. โYa Baaโits!โ Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah. 51. โYa Syahiid!โ Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 52. โYa Haqโ! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah. 53. โYa Wakiilโ Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala. 54. โYa Qawiy!โ Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim. 55. โYa Matiin!โ Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu. 56. โYa Waliy!โ Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki. 57. โYa Hamiid!โ Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. 58. โYa Muhshiy!โ Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah muraqabah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu. 59. โYa Mubdiu!โ Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllahโฆ. 60. โYa Muโid!โ Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya. 61. โYa Muhyiy!โ Amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak. 62. โYa Mumiit!โ Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. 63. โYa Hayyu!โ Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. 64. โYa Qayyuum!โ Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn โYa Hayyu Ya Qayyuumโฆโ sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat. 65. โYa Waajid!โ Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini. 66. โYa Maajid!โ Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari. 67. โYa Waahid!โ Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allahโฆ 68. โYa Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa. 69. โYa Qaadir!โ Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil. 70. โYa Muqtadir!โ Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. 71. โYa Muqaddim!โ Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata โBarangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasilโ. 72. โYa Muahkhirโ! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini. 73. โYa Awwal!!โ Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah. 74. โYa Aakhir!โ Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. 75. โYa Dhaahir!โ Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi khalwat, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu. 76. โYa Baathinu!โ Seperti no. 75 juga, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 77. โYa Waaliy!โ Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang maโrifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini 78. โYa MutaโaAliy!โ Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil. 79. โYa Bar!โ Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah. 80. โYa Tawwaab!โ Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus. 81. โYa Muntaqim!โ Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah. 82. โYa Afuww!โ Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah. 83. โYa Rauuf!โ Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam. 84. โYa Maalikul Mulki!โ Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah. 85. โYa Zul Jalaali wal Ikraam!โ Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah. 86. โYa Muqsith!โ Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. 87. โYa Jaamiโ!โ Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. 88. โYa Ghaniy!โ Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat. 89. โYa Mughniy!โ Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai. 90. โYa Maaniโ!โ Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara. 91. โYa Dhaarr!โ Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh. 92. โYa Naafiโ โ! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. 93. โYa Nuur!โ Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang. 94. โYa Haadiy!โ Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut. 95. โYa Baadii!โ Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar. 96. โYa Baaqy!โ Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini. 97. โYa Waarits!โ Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan. 98. โYa Rasyiid!โ Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas. 99. โYa Shabuur!โ Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.99nama ini merupakan implementasi dari sifat-sifat Allah dari Ar-Rahman yang maha pengasih hingga As-Shabuur yang maha Penyabar. Selain memahami dan menghafal, Asmaul Husna juga bisa digunakan dalam doa-doa yang dipanjatkan agar doa kita cepat terkabulkan. Serta Umat Muslim dapat semakin mengimani Allah melalui penghayatan beberapa nama-nama baik Nya ini.
Baiat model inilah yang dianut oleh kelompok Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) dan Negara Islam Indonesia (NII) atau yang lebih dikenal dengan sebutan N sebelas. Seri Asmaul Husna Arti Nama Allah: Al-Khaliq. 23/09/2021. Akidah, Asy Syariah Edisi 056 Jauhilah Sifat-Sifat Munafik. 09/11/2020 Untuk membaca versi digital, Anda bisa